Tuesday, October 11, 2011

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN DI IKBN DUSUN TUA, SELANGOR.

PADA 20 HINGGA 21 SEPTEMBER YANG LALU, BERTEMPAT DI IKBN DUSUN TUA, SELANGOR TELAH BERLANSUNG PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN ANJURAN PANITIA PEMBUAT PERABOT DENGAN KERJASAMA IKBN DUSUN TUA. PROGRAM YANG BERFOKUSKAN KEPADA MODUL 03 YANG MELIBATKAN KERJA-KERJA MELARIK TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR. PARA PELAJAR TELAH BERJAYA MENYIAPKAN PROJEK MELARIK MASING MASING BAGI MELAYAKAN MEREKA UNTUK LULUS MODUL TERSEBUT.










Friday, August 12, 2011

KFC TIME...

MINGGU SEBELUM PUASA YANG LEPAS, SEMPAT JUGA PELAJAR 4PP BERSAMA-SAMA MAKAN BERSAMA DI KFC TAMAN TASIK JAYA. BUKANLAH KFC YANG PENTING, TETAPI IKATAN PERSAHABATAN ANTARA MEREKA YANG MENJADI KEUTAMAAN. SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA PELAJAR 4PP.







MINGGU VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN 2011


BERSAMA CIKGU FAIRUS


KHAIROL SEDANG TEKUN MENYIAPKAN PROJEK DALAM PERTANDINGAN JOHAN KEMAHIRAN, TAHNIAH KERANA MENDAPAT TEMPAT KE-2


PERTANDINGAN TEKA ALAT TANGAN


3 SEKAWAN, WAFI, AZIZ DAN AFIQ...


HASIL KERJA TANGAN PELAJAR. SEDIA MENERIMA TEMPAHAN


MEJA DENGAN TILE TOP


NEW DESIGN


SYAFIQ BERGAYA DENGAN PERABOT PAMERAN

Friday, July 8, 2011

RAJIN-RAJINLAH DATANG KE SEKOLAH...


INILAH MUKA-MUKA YANG RAJIN DATANG SEKOLAH... YANG LAIN ENTAH KEMANA BERSEMBUNYI. SEBAGAI PELAJAR KITA HARUSLAH SEDAR TENTANG KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP MASA DEPAN KITA. JANGANLAH KITA CEPAT MENGALAH, PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR, SEBALIKNYA BERUSAHALAH SEBAIK MUNGKIN DISAMPING MEMOHON KEREDHAAN ALLAH SWT BAGI MENCAPAI KEJAYAAN YANG KITA INGINKAN.

BERUSHALAH!!!

Saturday, July 2, 2011

1 MURID 1 SUKAN


PROGRAM LARIAN 1 MALAYSIA TELAH BERLANSUNG PERINGKAT SMVAS DENGAN PELANCARAN BERSAMA DI SMT TUANKU JAAFAR. ALHAMDULILLAH, PROGRAM TELAH BERLANSUNG DENGANAN JAYANYA.

Friday, June 24, 2011

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...

PANITIA PEMBUAT PERABOT MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA TIGA ORANG PELAJAR DARI KELAS 4 PEMBUAT PERABOT YANG TELAH MENDAPAT TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA DALAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN YANG LALU... TERUSKANLAH USAHA ANDA UNTUK LEBIH BERJAYA...
IZZAT - SEORANG PELAJAR YANG BAIK, SEMUA CIKGU MEMBERIKAN KOMEN YANG POSITIF TERHADAPNYA...

AZIZ - SEORANG PELAJAR YANG SUKA MAIN-MAIN DALAM KELAS. HARAP DAPAT BERIKAN LEBIH TUMPUAN DALAM KELAS

KHAIROL - SEORANG PELAJAR YANG MAHIR DALAM MEMBUAT KERJA KAYU. HARAP LEBIH FOKUS UNTUK MATA PELAJARAN AKADEMIK

Thursday, June 16, 2011

PROGRAM TITIAN EMAS


Kepada semua penjaga, anda adalah dijemput untuk menghadiri program Titian Eamas yang akan diadakan seperti diatas... Luangkan sedikit waktu untuk mengetahui perkembangan anak-anak anda di sekolah. Jom datang beramai-ramai...

Thursday, May 26, 2011

Monday, May 23, 2011

PELAJAR SKM JUGA BOLEH BERJAYA!

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PELAJAR PEMBUAT PERABOT SESI 2009/2010 
NURASHIKIN BTE ROSNAN YANG TELAH DITAWARKAN KE POLITEKNIK SEBERANG PERAI BAGI KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI).

TAHNIAH DIATAS BERKAT USAHA DAN KERJA KUAT ANDA SEHINGGA MENCAPAI KEJAYAAN SEHINGGA KE TAHAP INI. SEMOGA TERUS BERJAYA DAN BERJAYA LAGI...

Thursday, May 19, 2011

SELAMAT HARI GURU

PANITIA PEMBAUT PERABOT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DI SMV AMPANGAN. SEMOGA DAPAT MENERUSKAN KECEMERLANGAN  DAN KEGEMILANGAN SMVAS.

KEPADA PARA PELAJAR, SAYANGI DAN HORMATILAH GURU-GURU ANDA KERANA MEREKALAH SUMBER ILMU YANG TERBAIK BUAT ANDA.
SELAMAT HARI GURU.

Monday, May 9, 2011

TAHNIAH!

PANITIA PEMBUAT PERABOT SMVAS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH BUAT 2 ORANG PELAJAR PP SESI 2009/2010 YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE TINGKATAN ENAM.

SIAPA SANGKA PELAJAR YANG MASUK DENGAN KELULUSAN PMR YANG KURANG MEMUASKAN BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN SPM YANG MEMBERANSANGKAN.

TIADA BEZANYA PELAJAR SKM MAHUPUN MPAV DI SMVAS INI, SELAGI MEREKA ADA KEAZAMAN DAN USAHA UNTUK BERJAYA MAKA KEJAYAAN ITU BAKAL MENJADI MILIK MEREKA. TAHNIAH!




Sunday, April 24, 2011

APA SUDAH JADI?

HARI INI SEKALI LAGI KELAS 4 PEMBUAT PERABOT MENJADI KELAS TERCOROT DALAM PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS. KALAU BETUL KAMI YANG PALING TERUK, KAMI REDHA... 
TETAPI KALAU SEBALIKNYA, PIHAK YANG BERKENAAN HARUS MENIMBANGKAN PERKARA INI DENGAN SEWAJARNYA!

BERIKUT ADALAH GAMBAR SEMASA KELAS 4PP





Wednesday, April 20, 2011

PEMUDA HARAPAN BANGSA

Ini adalah salah satu foto kenangan sewaktu mengadakan lawatan tidak rasmi di Rembau Kristal. Melihatkan wajah-wajah ini, teringat pula kenangan bersama perlajar PP sesi 2010/2011... Semoga anda semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT. Kepada pelajar PP sesi 2011/2012, jagalah diri dan bentuklah peribadi yang mulia, insyaAllah anda juga akan berjaya seperti orang berjaya yang lain...

PELAJAR KURSUS PEMBUAT PERABOT SESI 2011/2012

Monday, April 18, 2011

Ujian Modul 3 Core Abilities

Pada 12 April 2011 yang lalu, telah diadakan Ujian Modul 3 Mata Pelajaran Core Abilities yang melibatkan Task 06.01 (Understand System) dan Task 06.04 (Adapt Competencies To New Situations/System).
Daripada 12 Calon, seorang mendapat A+, 4 orang mendapat A, 2 orang mendapat A-, 2 orang mendapat B+, 2 orang mendapat C, dan seorang gagal.

Tahniah kepada Mohd Shafiq Bin Mohd Yusof yang mendapat markah tertinggi 90% (A+). Teruskanlah usaha anda semua, usaha tangga kejayaan...

Mohd Shafiq Bin Mohd Yusof



Friday, April 15, 2011

PERABOT MALAYSIA BERTARAF DUNIA

MALAYSIA sebenarnya menghasilkan perabot berkualiti untuk dieksport. Namun, rakyatnya berbelanja secara purata hanya RM120 setahun untuk membeli perabot, kata Pengarah Urusan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF), Datuk Dr. Tan Chin Huat. Sebaliknya, penduduk Eropah rata-rata membelanjakan 400 euro (RM1,660) manakala rakyat Amerika Syarikat (AS) secara puratanya melabur AS$300 (RM910) setahun untuk membeli perabot.

“Perabot di Malaysia sebenarnya murah. Kita boleh membeli sejenis perabot pada harga RM1,000 dan produk yang sama dijual pada harga RM1,600 di Taiwan dan RM2,500 di Hong Kong. Namun masih ramai rakyat Malaysia yang gemar membeli perabot buatan luar negara. Tidak hairanlah ramai pengeluar perabot tempatan terpaksa mengeksport,” katanya dalam satu temu bual sempena MIFF ke-17 Mac ini.

Turut hadir ketika temu bual itu ialah Pengarah Urusan MIECO Manufacturing, Datuk Yong Seng Yeow dan Ketua Pengarah Eksekutif Jemaramas Jaya Sdn. Bhd., Roland Law. Chin Huat berkata, hampir 85 peratus daripada perabotnya dieksport ke luar negara. Statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) adalah pengimport terbesar perabot buatan Malaysia. Jumlah eksport perabot ke negara itu adalah RM1,982.7 juta pada bulan Januari hingga Oktober tahun lalu. Ini diikuti Jepun, RM573 juta, Singapura, RM477 juta dan United Kingdom, RM407 juta.

Pasaran tertinggi eksport Malaysia bagi tempoh yang sama ialah Australia, Kanada, Emiriah Arab Bersatu (UAE), India, Arab Saudi dan Jerman. Tan mengakui kebanyakan negara dalam pasaran eksport tertingginya adalah negara Barat. Namun beliau merasakan pasaran Asia juga harus diteroka.

Peluang pekerjaan
“Secara tradisinya negara-negara Asia lebih suka mengeksport perabot ke Barat. Jarang sekali mereka cuba memasarkan ke negara-negara jiran walaupun sebenarnya ada potensi yang baik. China mempunyai 1.3 bilion penduduk, India pula mencecah lebih satu billion. Di samping itu, populasi rantau ASEAN mencecah kira-kira 550 juta orang.” Beliau menggesa industri itu agar meneroka pasaran seumpamanya hingga ke Rusia.

“Saya berpendapat ada potensi pasaran yang bagus di sana,” katanya. Bulan lalu, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) mengumumkan ia telah meluluskan 42 projek industri yang membuka 5,163 peluang pekerjaan. Sebanyak RM218 juta pelaburan domestik dan RM241.2 pelaburan asing telah dilaburkan bagi projek berkenaan. Daripada jumlah itu, RM443 juta untuk industri perabot. Sementara itu, Seng Yeow berkata, industri perabot tempatan dapat menandingi saingan luar negara kerana kualiti, jaminan dan harga yang kompetitif produknya.

“Kami terkenal pun kerananya,” katanya. Malaysia adalah pengeksport perabot kesembilan di dunia. Industri itu telah banyak berubah di samping mengalami pelbagai cabaran sejak ia bertapak tiga dekad lalu. Selain krisis ekonomi dunia yang memberi kesan mendalam kepada industri, ia terpaksa berhadapan dengan cabaran yang tidak wujud beberapa dekad lepas.
Contohnya, bagaimanakah ia harus menangani kekurangan kayu-kayan berkualiti dan kenaikan harga barang mentah seperti besi? Ia bukan saja masalah tempatan malah masalah global. Semuanya bergantung kepada kecekapan industri berubah mengikut keadaan semasa.

“Sememangnya sumber kayu-kayan berkualiti makin berkurangan. Tetapi kita kini ada pilihan bahan alternatif yang mesra alam.” Seng Yeow sendiri terlibat dalam perniagaan kitar semula bahan buangan industri untuk mengeluarkan produk mesra alam seperti kayu papan dan chipboard keluaran syarikat MIECO.“Saya ni seperti pengumpul bahan kitar semula. Apa sahaja yang orang buang, saya akan ambil. Ini termasuklah kayu lebihan dari kilang atau batang pokok. Jadi bahan-bahan saya bolehlah dikatakan sebagai hijau. Hari ini kita dapat menghasilkan sebuah kerusi yang kukuh dan selesa menggunakan sedikit kayu berbanding dahulu. Kualitinya tetap bagus.”

Pendekatan hijau

Katanya, tahap kecekapan industri itu berubah dari segi bahan, reka bentuk dan pemasaran bagi memastikan kesinambungan hayatnya dalam industri. Menggunakan pendekatan hijau juga sebahagian daripada mengikuti arus peredaran zaman. “Pengeluar tempatan sememangnya sedang menuju ke arah itu. Kerajaan juga memainkan peranan penting dengan mengawal penebangan hutan.” Kata Chin Huat, permintaan pasaran juga memainkan peranan.

Kini lebih banyak permintaan untuk perabot yang dihasilkan dengan cara mesra alam. Pendekatan hijau itu bukan sahaja bermaksud menggunakan bahan hijau untuk menghasilkan perabot, tetapi kaedah pembungkusan juga diambil kira. Misalnya kalau kita hendak mengeksport ke Jepun, kita tidak boleh membungkus produk kita dengan plastik kerana ia memudaratkan alam sekitar. Jadi kita kena pastikan bahan pembungkusan juga adalah hijau.

Mengenai MIFF 2011, Chin Huat berkata, ia adalah peluang yang baik untuk pengusaha perabot tempatan mempamerkan produk mereka pada harga yang rendah. MIFF menyasarkan jualan eksport lebih daripada AS$755 juta (RM2.3 bilion) yang diperoleh pada pameran tahun lepas. Lebih 15,000 pelawat hadir pada pameran tahun lepas yang kebanyakannya adalah dari Malaysia, rantau ASEAN, Eropah dan Timur Tengah. MIFF tahun ini yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 1 hingga 5 Mac 2011 yang lalu. – Bernama

Thursday, March 24, 2011

LAWATAN ORENTASI BUDAYA INDUSTRI

PADA 22 MAC YANG LALU PANITIA PEMBUAT PERABOT TELAH MEMBUAT SATU LAWATAN RASMI KE SEBUAH KILANG PERABOT HOMESTEAD WOOD INDUSTRIES SDN.BHD. YANG TERLETAK DI TAMPIN NEGERI SEMBILAN.

SERAMAI 11 ORANG PELAJAR DAN 2 ORANG GURU TELAH TERLIBAT DALAM LAWATAN TERSEBUT. BERIKUT ADALAH BEBERAPA KEPING GAMBAR UNTUK TATAPAN SEMUA.


SESI BERGAMBAR SEWAKTU AKHIR LAWATAN


PARA PELAJAR DIBERIKAN PENERANGAN OLEH PEGAWAI BERTUGAS


PELAJAR MENCUBA MELAKUKAN KERJA DI KILANG

Wednesday, February 23, 2011

HARGAI ORANG DISEKELILING ANDA

HARGAILAH ORANG DISEKELILING ANDA... PILIHLAH RAKAN YANG MENJURUSKAN DIRI ANDA KEARAH PERKARA DAN AKTIVITI YANG POSITIF. HORMATILAH GURU ANDA YANG TIDAK PERNAH JEMU MEMBERI NASIHAT, TUNJUK AJAR DAN PANDUAN YANG BERGUNA. SAYANGILAH KELUARGA ANDA YANG SENTIASA MEMBERI DORONGAN DAN PERHATIAN TERHADAP DIRI ANDA. CINTAILAH ALLAH DENGAN MENGAMALKAN APA YANG DISURUH DAN MENINGGALKAN APA YANG DITEGAH...

PARA PELAJAR SEKALIAN...
BIAR KITA BODOH,
BIAR KITA HODOH,
BIAR KITA MISKIN,
BIAR KITA CACAT,
ASALKAN KITA PUNYA HATI YANG BAIK, PEKERTI MULIA DAN PATUH PADA PERINTAH ALLAH SWT DAN RASULNYA...

INSYAALLAH.

Saturday, February 19, 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KELAS 4PP

Pada 19 Februari 2011 yang lalu, para pelajar 4PP telah mengadakan gotong royong di kelas. Kebetulan pula hari tersebut adalah sekolah ganti. Hanya 4 orang pelajar yang hadir iaitu Aziz, Wafi, Fareez dan Syafiq. Dengan bimbingan Cikgu Fairus, para pelajar telah mengadakan aktiviti membersihkan kelas antaranya mengecat, mengemop lantai, membersihkan kipas dan lampu dan membuat keceriaan kelas. Trima kasih juga kepada semua pelajar yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.

Papan kenyataan 

Hasil kreativiti pelajar 

Cermin yang telah dibersihkan 

 Sudut bacaan

Koleksi bahan-bahan bacaan untuk para pelajar 

Jam yang telah disumbangkan oleh penjaga pelajar 4PP, En. Hatta.

Sayafiq dan Fareez menmaskan sudut bacaan 

Wafi dan Aziz mengemaskini papan kenyataan.