Wednesday, February 23, 2011

HARGAI ORANG DISEKELILING ANDA

HARGAILAH ORANG DISEKELILING ANDA... PILIHLAH RAKAN YANG MENJURUSKAN DIRI ANDA KEARAH PERKARA DAN AKTIVITI YANG POSITIF. HORMATILAH GURU ANDA YANG TIDAK PERNAH JEMU MEMBERI NASIHAT, TUNJUK AJAR DAN PANDUAN YANG BERGUNA. SAYANGILAH KELUARGA ANDA YANG SENTIASA MEMBERI DORONGAN DAN PERHATIAN TERHADAP DIRI ANDA. CINTAILAH ALLAH DENGAN MENGAMALKAN APA YANG DISURUH DAN MENINGGALKAN APA YANG DITEGAH...

PARA PELAJAR SEKALIAN...
BIAR KITA BODOH,
BIAR KITA HODOH,
BIAR KITA MISKIN,
BIAR KITA CACAT,
ASALKAN KITA PUNYA HATI YANG BAIK, PEKERTI MULIA DAN PATUH PADA PERINTAH ALLAH SWT DAN RASULNYA...

INSYAALLAH.

Saturday, February 19, 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KELAS 4PP

Pada 19 Februari 2011 yang lalu, para pelajar 4PP telah mengadakan gotong royong di kelas. Kebetulan pula hari tersebut adalah sekolah ganti. Hanya 4 orang pelajar yang hadir iaitu Aziz, Wafi, Fareez dan Syafiq. Dengan bimbingan Cikgu Fairus, para pelajar telah mengadakan aktiviti membersihkan kelas antaranya mengecat, mengemop lantai, membersihkan kipas dan lampu dan membuat keceriaan kelas. Trima kasih juga kepada semua pelajar yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.

Papan kenyataan 

Hasil kreativiti pelajar 

Cermin yang telah dibersihkan 

 Sudut bacaan

Koleksi bahan-bahan bacaan untuk para pelajar 

Jam yang telah disumbangkan oleh penjaga pelajar 4PP, En. Hatta.

Sayafiq dan Fareez menmaskan sudut bacaan 

Wafi dan Aziz mengemaskini papan kenyataan.


Thursday, February 17, 2011

YURAN PIBG 2011


UNTUK PERHATIAN PENJAGA PELAJAR 4 PEMBUAT PERABOT. SURAT AKAN DIHANTAR KEPADA PENJAGA PADA HARI ISNIN, 21 FEBRUARI 2011. SEKIAN UNTUK MAKLUAMAN.

Wednesday, February 16, 2011

BIRTHDAY BOY...

KAU PERGI...

BARU INGIN BERSAMA-SAMA MERASAI KEMANISAN BELAJAR DI SMVAS INI, TETAPI APAKAN DAYA MOHD SYABIL ASNAWI TERPAKSA BERPINDAH KE SEKOLAH LAMA DI SMK KOMPLEKS KLIA ATAS SEBAB PERIBADI. SELAMAT BERJUANG DALAM  MENUNTUT ILMU PENGETAHUAN. KAMI DI SINI MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA DI SANA. INSYAALLAH

GAMBAR INI DIAMBIL KETIKA BERSAMA-SAMA MENYAMBUT HARI LAHIR PELAJAR 4PP YANG MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN JANUARI DAN FEBRUARI.

Monday, February 14, 2011

SESI AMALI KALI PERTAMA

PADA 7 FEBRUARI YANG LALU, PELAJAR TINGKATAN 4 PEMBUAT PERABOT BUAT PERTAMA KALINYA MELANGKAH MASUK KE BENGKEL KAYU UNTUK MELAKSANAKAN MODUL M02 SELEPAS TAMAT MODUL M01. BERIKUT ADALAH BEBERAPA AKSI PARA PELAJAR SEWAKTU SESI AMALI TERSEBUT.

MODUL NO. : M02
MODUL : PERFORM WOOD MACHINING ACTIVITIES



PARA PELAJAR BERUSHA KERAS UNTUK MEMOTONG KAYU


 SERBA TIDAK KENA. KEKOK MENGGUNAKAN PAHAT


"SIAPA YANG AJAR AWAK POTONG MACAM TU?", TANYA CIKGU ABU...

Sunday, February 13, 2011

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN

KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR SKM PEMBUAT PERABOT TAHUN 2010, SILA RUJUK LAMAN WEB SEPERTI DIATAS BAGI PERMOHONAN MENYAMBUNG PENGAJIAN.

1 MALAYSIA, 1 UMMAH


Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : “Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Ikhlas daripada Panitia Pembuat Perabot SMVAS

Thursday, February 10, 2011

GRADUASI 2010...


GAMBAR-GAMBAR INI ADALAH BAGI MEBAKAR SEMANGAT PARA PELAJAR PEMBUAT PERABOT YANG MENDAFTAR BAGI SESI 2011/2012.


 PENTAS GRADUASI 2010 DI SEK MEN TEKNIK MELAKA TENGAH


 SALAH SEORANG PELAJAR PEMBUAT PERABOT YANG MENERIMA SIJIL


SESI BERGAMBAR

YAKINLAH, BAHAWA ANDA JUGA BAKAL MENYARUNGKAN JUBAH GRADUASI TERSEBUT!!!

Monday, February 7, 2011

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG

Panitia Pembuat Perabot mengucapkan selamat datang kepada semua para pelajar baru khususnya yang mendaftar untuk kursus Pembuat Perabot.

Walaupun jumlah yang mendaftar sehingga hujung Januari 2011 hanyalah 10 orang, namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu pengetahuan.

Panitia berharap agar para pelajar akan menumpukan sepenuh perhatian dan menimba ilmu pengetahuan dengan punuh tekun dan sabar.

Lupakan siapa diri anda di sekolah lama dan cipta kecerlangan yang gemilang disekolah ini.

Selamat Berjaya.