Wednesday, May 23, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Setelah hampir 2 bulan melalu Latihan Industri, para pelajar 5 Pembuat Perabot kembali semula ke sekolah. Setibanya ke sekolah, Pembantu Makmal Kanan dari SMK St. Paul Seremban telah datang membuat tempahan radas eksperimen bagi makmal sains Tingkatan 6... Minggu ini waktu amali dipenuhkan dengan penghasilan projek berkenaan...

Wednesday, March 21, 2012

NAIB JOHAN PERTANDINGAN 3K

PANITIA PEMBUAT PERABOT MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PARA PELAJR KURSUS PEMBUAT PERABOT KERANA TELAH DINOBATKAN SEBAGAI NAIB JOHAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN KELAS TAHUN 2012 BAGI SESI 1 ( JAN-MAC ). SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN DITERUSKAN PADA MASA-MASA YANG AKAN DATANG. KELAS TINGKATAN 5 PEMBUAT PERABOT TELAH MENDAPAT HADIAH BAUCER KOPERASI RM80.00. TAHNIAH!

Sunday, January 29, 2012

MEMPERKASA KEMAHIRAN PELAJAR




PARA PELAJAR TINGKATAN 5 KURSUS PEMBUAT PERABOT SEDANG MENYIAPKAN PROJEK ALMARI BAGI KEGUNAAN SEKOLAH. SELAIN DAPAT MENJIMATKAN KOS PERBELANJAAN BAGI MENDAPATKAN ALMARI BARU, USAHA INI DILIHAT SEBAGAI SATU INDIKATOR TERBAIK DAN BERKESAN TERHADAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN DIKALANGAN PELAJAR. PROJEK INI DISELIA OLEH CIKGU ABU AJIP

Monday, January 16, 2012

Lamello Calssic C3


Sebelum ini, saya pernah didedahkan dengan penggunaan mesin ini sewaktu berkursus di WISDEC Banting, Selangor. Kini saya beri pendedahan kepada para pelajar pula. Mesin buatan Swiss ini memudahkan kerje-kerja sambungan tanggam, bingkai dan pelbagai kegunaan lain. Selamat mencuba...

Wednesday, January 4, 2012

kan CIKGU dah pesan...





4 Jan 2012... Maka bermulalah sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 5 SMV Ampangan. Belum pun masuk ke kelas, sudah dikenakan tindakan disiplin akibat rambut yang tidak mematuhi piawaian sekolah... Inilah akibatnya kalau berambut panjang... Justeru, jadikan sebagai pengajaran...

Sunday, January 1, 2012

Empat Faktor Pilih Perabot



Set meja makan kayu merupakan yang paling popular.
Set meja makan kayu merupakan pilihan paling popular.
TERLALU banyak perkara yang perlu diambil kira apabila membeli perabot untuk ruang makan.
Perabot yang dipilih mesti sesuai dan memenuhi cita rasa serta gaya hidup dan yang paling penting ketahanannya.
Dengan begitu banyak pilihan perabot dari segi gaya, bahan dan kualiti terdapat dalam pasaran, membuat pilihan tepat sudah tentu memeningkan dan kadangkala mengelirukan.
Faktor utama yang perlu diambil kira sebelum membeli perabot meja dan kerusi ruang makan adalah:
* Keluasan ruang
* Saiz meja makan dan kerusi
* Gaya rumah anda
* Bajet
Keluasan ruang
Anda perlu memastikan keluasan ruang dan bentuk meja makan seimbang pada keseluruhan ruang makan.
Adalah bijak jika membuat ukuran ruang makan sebelum membeli perabot.
Dengan begitu banyak pilihan perabot dari segi gaya, bahan dan kualiti terdapat dalam pasaran, membuat pilihan tepat sudah tentu memeningkan dan kadang-kadang keliru.
Selain itu lukisan pelan lantai dengan saiz ukuran mengikut skala yang betul perlu ada dan hendaklah dibawa bersama ketika menentukan pilihan perabot yang hendak dibeli.
Saiz meja
Selepas kita mengetahui keluasan ruang makan yang ada, kita sudah pasti boleh mengagak apakah saiz meja makan yang sesuai.
Satu keperluan yang mesti ialah pilihan meja makan perlu muat ruang yang ada sebab tiada siapa mahu duduk dalam ruang sempit yang mana terpaksa berhimpit untuk menikmati hidangan.
Fikirkan berapa bilangan orang yang diperlukan dalam satu masa meja makan.
Meja yang boleh dipanjangkan amat sesuai jika kita memerlukan tambahan tempat duduk.
Pilih meja yang boleh dipanjangkan dan mudah diolah kedudukannya dan diminimumkan saiznya untuk kegunaan harian.
Kelebaran meja makan amat penting. Kita memerlukan kelebaran yang cukup untuk meletakkan pinggan dan mangkuk yang digunakan untuk menghidangkan lauk-pauk.
Saiz kelebaran meja yang diperlukan adalah minimum satu meter jika hendak tetamu anda melayan diri sendiri.
Jika bilangan tetamu melebihi bilangan kerusi sedia ada sediakan kerusi yang boleh disusun secara bertindih untuk menjimat ruang apabila tidak digunakan.
Saiz Ukuran
i. Ketinggian
Standard saiz meja adalah 750 milimeter (mm) tinggi tetapi boleh direndahkan sehingga 700 mm
Tinggi kerusi mesti 450 mm pada aras tempat duduk
ii. Bilangan
Tetapkan berapa bilangan orang akan duduk, setiap orang memerlukan sekitar 600 mm kelebaran tempat duduk, benarkan 100 mm sehingga 150 mm.
iii. Jarak kelegaan
Jarakkan meja sejauh sekurang-kurangnya 600 mm dari dinding sekeliling supaya mudah untuk keluar dan masuk.
Jika mempunyai ruang makan kecil, permukaan meja boleh mengguna gelas dan ini akan memberi kesan ilusi pembesaran ruang
Bentuk meja makan
Saiz meja makan adalah faktor utama menentukan bentuk meja. Antara bentuk meja makan adalah:
Meja segi empat tepat
* Sangat sesuai untuk makan secara santai dan juga sesuai untuk makan secara romantik kerana boleh diduduki dua atau empat orang.
* Dapat menjimatkan ruang bila digunakan pada ruang kecil.
* Tidak sesuai digunakan dalam bilangan yang ramai.
Meja segi empat bujur
* Boleh menyediakan bilangan tempat duduk yang ramai
* Boleh menolong memanjangkan ruang
* Kurang sesuai dengan cara makan orang Asia jika hidangan tidak boleh dicapai pada bahagian hujung.
Meja segi empat bujur
* Boleh menyediakan bilangan tempat duduk yang ramai
* Boleh menolong memanjangkan ruang
* Kurang sesuai dengan cara makan orang Asia jika hidangan tidak boleh dicapai pada bahagian hujung
Meja bulat
* Sesuai untuk merangsang perbualan
* Berkesan dari penyesuaian pada ruang yang tidak sama
* Tidak sesuai dalam ruang kecil dan memerlukan ruang lebih berdasarkan bilangan tempat duduk.
* Perabot yang mesra keluarga
Perabot yang mesra keluarga bermaksud bahawa perabot yang digunakan mestilah mempunyai ciri ciri keselamatan, tahan lasak dan mudah dibersihkan.
Antara ciri reka bentuk perabot mesra keluarga yang selamat adalah seperti mempunyai bucu meja yang bulat dan tidak tajam dan kemasan kayu yang senang dan tahan dikesat apabila kotor.
Selain itu bagi kemasan fabrik pada kerusi juga boleh dibuka dan kemudian boleh dibasuh jika berlaku kekotoran pada lapik tempat duduk kerusi.
Ruang penyimpanan
Masalah penyimpanan barang adalah masalah utama bagi rumah kecil, oleh itu sangat baik jika perabot meja makan ada menyedia laci atau ruang penyimpanan untuk menyimpan kain pengesat tangan, alas meja atau sudu garpu.
Pastikan jika ada ruang penyimpan pada meja makan, adakah saiz ketinggian cukup untuk keselesaan bagi kelegaan tempat duduk.
Bahan kemasan
Bahan kemasan meja makan adalah terdiri dari berbagai jenis. Pilihan kemasan dibuat berdasarkan tema, gabungan dekorasi, pilihan persendirian dan kemasan sedia ada pada perabot yang dibeli.
Pilih satu kemasan yang kukuh dan mempunyai fungsi.
Kemasan Kayu
* Kuat dan memperlihatkan kesan bahan alam semula jadi
* Menampakkan keselesaan dan kecantikan pada kemasan dan urat kayu
* Berat dan sukar diubah kedudukan
* Mahal kerana diperoleh dari gred kayu yang baik dan mahal
Venir
* Sebagai bahan ganti kemasan dari bahan kayu yang padu
* Mempunyai pilihan yang banyak dari bahan urat kayu yang cantik tidak terdapat pada bahan kayu tempatan
* Mudah diselenggara jika menggunakan bahan laminate yang tahan panas dan kalis air
* Perlu dijaga bagi mengelak merekah dan terkopek pada bucu meja
Kaca dan gelas
* Menawarkan kesan eksklusif dan nampak mahal
* Dapat menambah kesan ilusi pada ruang
* Mudah dibersihkan tetapi perlu hati-hati kerana mudah pecah
* Mudah tercalar, terdapat kesan tapak tangan dan kesan habuk terkumpul pada permukaan.
Plastik
* Harga yang murah, maka ia mampu dibeli
* Ringan, mudah dialih dan disimpan
* Tahan lasak dan sangat sesuai di persekitaran luar rumah
* Mudah diselenggara tapi tidak sesuai bagi rumah kediaman yang eksklusif
* Mudah rosak kerana tidak tahan pada cahaya
Bajet
Pada dasarnya perabot ruang makan bukanlah murah seperti disangka. Semak bajet yang diperuntukkan, jika bajet tinggi, lebih baik mendapat perabot yang mahal dan bermutu tinggi.
Adalah baik menambah sedikit bajet bagi memperoleh perabot bermutu dari terpaksa berbelanja lagi kerana perabot mudah rosak atau patah.
Bagi keluarga yang baru, adalah baik memilih perabot yang ’selamat’, ‘tahan lasak’ dan ‘berfungsi’ kerana faktor ini dapat membantu kita menggunakan perabot dengan jangka masa lama dan menjaganya baik.

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.


Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. 


Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :


"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

SELAMAT MEMULAKAN SESI 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

     Peratama sekali Panitia Pembuat Perabot (PPP) SMV Ampangan mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat semua calon-calon Sijil Kemahiran Malaysia Aliran Pembuatan Perabot. Pihak PPP mengharapkan para pelajar akan memberikan lebih tumpuan terhadap pelajaran bagi tahun 2012 ini.

     Selain memberi fokus untuk mata pelajaran kemahiran, para pelajar juga harus memberikan tumpuan terhadap mata pelajaran akademik bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malayisa (SPM). Sejarah menunjukkan para pelajar aliran kemahiran Pembuat Perabot sesi 2009/2010 telah mendapat keputusan yang memuaskan dalam SPM 2010.

     Aspek sahsiah juga perlu diperbaiki. Budaya ponteng kelas, berkelakuan biadap dan nilai negetif yang lain perlulah di kikis dalam diri setiap pelajar. Dalam usia yang menjangkau 17 tahun para pelajar haruslah berfikiran positif dan lebih matang dalam mempertimbangkan setiap tindakan.

     Akhir kata, selamat maju jaya buat semua pelajar. 


Gambar pelajar Pembuat Perabot SMVAS yang dilampirkan dalam laman BPTV yang terbaru